Testimoni Minyak Lintah Tradisi Gunung Asli
Tips Menjaga Zakar|Petua Pantang Larang .
Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan sama ada serta-merta atau berjangka panjang. Berbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu,
Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jimak. Batang zakar harus sentiasa panas. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti meminum air batu. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir. Tahan dan jangan hembus nafas ketika minum, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.
Elakkan minum air ketika badan sedang panas, baru selesai berlari atau bekerja berat. Berehat terlebih dahulu, sejukkan badan, barulah minum air. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dulu. Kurangkan dari makan Pisang Embun.
Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan. Elakkan dari buang air di tempat air bertakung. Carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana di waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari peha isteri yang sejuk membantutkan aliran itu dan melemahkan zakar. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jimak lebih dari tiga kali seminggu kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin. Jangan jimak di dalam air. Jangan terus minum air selepas jimak, rehat dahulu 15 minit. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas berjimak. Jangan jimak isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit. Jangan cungkil gigi dengan semuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.
Demikian antara nasihat yang ada di kalangan orang Melayu. Ada golongan muda yang menentang beberapa dari pantang larang ini terutamanya dari segi meminun air batu. Terpulanglah kepada diri sendiri. Petua dicatatkan bagi menambah pengetahuan.
Reviews
There are no reviews yet.